E-book

E-BOOK

Apa itu E-book?

E-book ialah suatu buku yang boleh didapati secara digital atau elektronik yang berisi panduan,informasi atau tutorial.E-book ini hanya boleh dibaca dan diakses melalui peranti elektronik seperti telefon pintar,tablet dan komputer riba.


Di dalam E-book,masih terdapat tulisan,gambar atau rajah seperti buku biasa.Yang bezanya hanya dari segi cara buku dibaca.E-book atau Electronic book ini dibaca di peranti manakala buku biasa dibaca terus pada buku.Melalui e-book ini,pembaca dapat membaca sesuatu buku di mana-mana sahaja tanpa perlu membawa senaskhah buku bersama.


Kita juga boleh mendapatkan E-book melalui Google Books, Laman web perpustakaan ,  UDL Islamic dan macam-macam lagi. Kita hanya perlu memuat turun buku-buku ini apabil kita hendak membacanya sahaja. Namun, terdapat juga buku - buku percuma dan tidak percuma untuk kita pilih.

Oleh itu,apabila kita hendak mencari sesuatu rujukan,eloklah kita mencari di mana-mana laman web E-book untuk mendapatkan maklumat.
📕📗📘📙📚

No comments:

Post a Comment