Pengenalan

PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Sumber : Imej Google


Teknologi,Apakah itu teknologi?

Teknologi ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Seterusnya, pendidikan pula merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam.

Jadi,mari kita lihat apakah pula teknologi dalam pendidikan?

Teknologi dalam pendidikan didefinisikan sebagai proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.Teknologi yang diaplikasikan boleh berupa seperti objek atau benda,namun membawa juga kepada maksud sistem,kaedah penyusunan dan teknik ketika dalam proses pembelajaran.

Teknologi dalam pendidikan ini penting supaya proses pembelajaran menjadi lebih efisien.Selari dengan kemodenan zaman kini,penggunaan teknologi ini amat penting untuk dalam pendidikan.Pelajar kini lebih gemar jika seseorang guru itu menerapkan elemen teknologi dalam proses pengajarannya.Namun,tidak dinafikan bahawa pembelajaran secara konvesional juga penting dalam proses pembelajaran di sekolah.Oleh itu,kedua-dua kaedah pembelajaran ini perlu saling berkait supaya proses pembelajaran lebih berkesan.

1 comment: