Kepentingan

KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Sumber :Imej Google

Teknologi pendidikan memberikan banyak manfaat kepada penggunanya sama ada guru mahupun pelajar.Terdapat banyak kepentingan dan kelebihan menggunakan teknologi dalam pendidikan yang dapat kita peroleh.


Pertama,dapat mengelakkan pelajar menjadi cepat bosan dengan aktiviti pembelajaran.Tanpa penggunaan teknologi,pelajar hanya berfokus kepada buku teks sahaja yang membuatkan pelajar senang untuk hilang fokus.Dengan adanya kemudahan teknologi seperti penggunaan LCD dalam kelas,pelajar akan berasa tertarik untuk memahami sesuatu topik yang diajarkan seterusnya menarik minat mereka kepada pembelajaran.



Keduanya,dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pembelajaran yang diadakan.Hal ini kerana,sebelum kelas bermula,guru perlu membuat persediaan yang rapi seperti mencari maklumat tambahan mengenai tajuk yang ingin diajar.Oleh itu,apabila proses pembelajaran berlangsung,guru dapat menyampaikan segala ilmu berkaitan tajuk itu membuatkan pelajar lebih faham.

Ketiganya,dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan teknologi,guru akan menggunakan pelbagai medium seperti CD,LCD,Komputer dan banyak lagi.Penggunaan alatan ini membolehkan guru dan pelajar mengetahui cara mengendalikan alatan tersebut dengan betul dan lancar jika berlaku apa-apa masalah ketika proses pembelajaran berlangsung.Keempat,memudahkan proses pencarian maklumat.Para pelajar dapat mencari seberapa banyak maklumat yang mereka kehendaki dengan hanya mengakses internet melalui komputer di sekolah.Oleh itu,pelajar dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan dengan cepat dan pantas.Guru juga dapat menunjukkan gambar-gambar atau video pembelajaran kepada pelajar dengan mengakses ke internet dengan pantas.



No comments:

Post a Comment